*All books were written in Bahasa Malaysia.
*For ordering please contact MAPIM PERAK at 05 5262195 (hotline), 017 5554828 (Ustaz Zulkifly), 013 4523696 (Zaim)

THE TUNNEL GIRL

by Nur Sakinah Hanani Binti Mohd Azmi.

20130826_122657-001

ULASAN dipetik dari annurputeri.blogspot.com

Ini bukan karya berbahasa Inggeris, sebaliknya untuk lebih menarik karya ini ditajukkan dengan Bahasa Inggeris. Suatu pendekatan yang baik untuk mengetengahkan sesuatu yang antarabangsa.

Nur Sakinah Hanani selaku pengarang novel nipis namun berat ini baru berusia enam belas tahun. Namun kelahiran novel sulung beliau untuk memberi impak besar bukan setakat untuk dirinya, malahan seluruh remaja kerana dalam keadaan remaja kita makin larut dalam kebobrokan sosial masyarakat, muncul seorang gadis menjadi srikandi dan layak menjadi contoh positif untuk semua remaja.

The Tunnel Girl, membacanya akan membuatkan anda tidak menjangkakan ia dihasilkan oleh pengarang yang tersangat muda namun usia muda tidak menghalangnya menghasilkan sesuatu yang bermakna, dari segi isi, teknik penceritaan, teknik visual dan segala macam lagi. Sekali imbas, kita akan menjangkakan karya pendek yang padat ini dihasilkan individu yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan.

Tidak hanya berkisar tentang terowong yang dilalui, Nani bijak mengetengahkan ilmu bantu yang ada padanya untuk dikosmesiskan ke atas karya ini. Pengetahuan tentang sejarah-sejarah tertentu, tentang As-Syahid Ahmad Yassin dan beberapa isu lain diadun cantik dalam karya ini.

RAKYAT CELIK POLITIK

by Mohd Azmi Bin Abdul Hamid (Cikgu Azmi)

RAKYAT CELIK POLITIK

ULASAN dipetik dari temanteras.wordpress.com

Analisis kritikal mengenai Rakyat dan tahap celik politik karya Cikgu Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS Pengupayaan Melayu kini sudah terbit . Buku berjudul Rakyat Celik Politik yang mempunyai 8 tajuk itu menghuraikan pandangan beliau melihat tren dan pemikiran rakyat yang melalui kemelut politik negara.

Secara kritikal beliau mengupas beberapa aspek mengenai kebangkitan rakyat dan juga hubungannya dengan kuasa dan mandat kuasa. Intisari dari huraian beliau menumpu kepada bagaimana rakyat harus memahami kuasa yang ada ditangan mereka .

Rangsangan yang sangat ketara dihuraikan ialah keperluan rakyat menjadi lebih sensitif dan lebih waspada ketika memilih pemimpin.Kematangan rakyat sangat didambakan memandangkan politik kini menjadi medan mencuri peluang untuk kepentingan peribadi. Walhasil rakyat sering menjadi alat untuk dijadi tangga pijakkan melonjak penghairah politik.

Dalam pandangan beliau yang tajam itu beliau mengurai betapa pemimpin mengambil mudah perasaan rakyat sehingga pilihanraya hanya menjadi kesempatan untuk menabur janji dan melaungkan retorika. Yang pasti nampaknya rakyat tidak mendapat pembelaan yang diharapkan. Sayangnya rakyat kerap mengizinkan mereka mengambil kesempatan.

LAIN-LAIN JUDUL BUKU TERBITAN MAPIM

  1. Gagalnya Kepimpinan Melayu Tanpa Islam.
  2. Rakyat Celik politik.
  3. Daulah Toyyibah.
  4. Haram dalam Budaya.
  5. Gerakan Subuh.
  6. Solat Itu Lebih Baik Dari Tidur.
  7. Beginikah Negara Kita Ditadbir?