Perkampungan Air Hampir Lesap Akibat Kebakaran

with No Comments

25 Mac 2015, Rabu.

terbakar_2.transformedBangau-bangau, Semporna – Hampir 3000 orang penduduk kampung hilang tempat tinggal dan harta pencarian akibat kebakaran yang bermula seawal jam 2.00 pagi waktu tempatan.

500 buah rumah rentung dijilat api meninggalkan penghuninya sehelai sepinggang. Bomba dari daerah Kunak dan Tawau turut terlibat di lokasi kejadian. Angin kuat menyukarkan usaha mereka memadam api kebakaran hingga merebak ke sebahagian perkampung air berdekatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut penduduk kampung, kemungkinan kebakaran berpunca dari kecuaian mengakibatkan letupan tong gas. Pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan belum membuat apa-apa pengesahan.

Sebahagian rumah di perkampungan ini didirikan hasil dari bantuan kerajaan dan sebahagian lagi adalah perumahan setinggan. Majoriti penduduk adalah beragama Islam yang terdiri daripada suku kaum Suluk dan Bajau.

Maklumat terkini, sebahagian penduduk ditempatkan di dewan serbaguna berhampiran. Ada yang mendirikan khemah-khemah di pesisir perkampungan air, dan juga menumpang teduh di rumah sanak saudara yang berhampiran.

Bantuan mesti disalurkan dengan kadar yang segera untuk mangsa-mangsa kejadian. Makanan yang boleh terus dimakan dan pakaian adalah menjadi keutamaan. Selain itu, makanan kering, lampin pakai buang, susu bayi dan lain-lain keperluan amatlah dialu-alukan.

Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), sedang meggerak kumpulan Misi Bantuan Kebakaran Semporna, SABAH. MAPIM bersedia menyalurkan bantuan anda terus kepada mangsa.

Segala bentuk sumbangan, infaq, zakat dan derma amatlah dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun DANA MAPIM 558220605312 (Maybank Islamic).

Leave a Reply