ABR_7506
Haji Azmi Abdul Hamid

Mohd Azmi Bin Abdul Hamid ataupun dikenali sebagai Cikgu Azmi

Dilahirkan di Terengganu dan dibesarkan kampung Manjoi Perak. Lahir pada 3-Setempber-1958. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah di Perak. Kini Beliau menetap di kampung pondok Kedah Darul Aman. Mempunyai 5 orang cahaya mata, berkongsi hidup bersama insan tersayang Puan Masadah Sajadi. Beliau menyambung pelajaran di UPM Bangi dalam Ijazah bidang pendidikan.

Beliau pernah berkhidmat bersama MARDI sebagai pegawai penyelidik di Pulau Pinang. Beliau meletakkan jawatan dan terlibat dengan NGO dan menubuhkan sebuah institut pendidikan (Institut Salman Sungai Petani).

Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Angkatan Beliau Islam Malaysia dan telah dilantik sebagai pengerusi wilayah, Pusat penyertaan pembangunan komuniti ABIM zon Utara. Dalam masa yang sama beliau telah menubuhkan Pusat analisis dan pembangunan UMMAH bertempat di Sungai Petani dan menjalankan penyelidikan dan pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Merupakan Presiden Teras Pengupayaan Melayu,(TERAS). Beliau kini menyandang jawatan Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pengerusi Bersama Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat.

Beliau juga bertugas di Consumers of Penang (CAP) sebagai Ketua Sektor Pendidikan Pengguna Pulau Pinang.

Sumbangan beliau terhadap kepenggunaan amat besar dan beliau amat menitik berat akan soal isu pengguna dalam membela nasib pengguna dalam pemilihan pemakanan dan keperluan.

Beliau dijadikan satu rujukan besar dalam hal-hal yang melibatkan halal haram dalam aspek pemakanan dan pemakaian.

Beliau kini sedang memperjuangkan nasib rakyat Palestin, Syria dan Rohingya yang sedang ditindas. Elemen utama beliau adalah membantu umat Islam dengan memberikan sumbangan kewangan makanan dan keperluan asas. Hati beliau sangat murni dalam isu kemanusiaan. Jasa beliau dalam isu peperangan di Gaza amat dikagumi. Beliau megeluarkan kenyataan akhbar mengutuk tindakan tentera zionis yang membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa seperti kanak-kanak dan wanita yang tidak bermaya. Beliau sendiri telah berkali-kali ke Gaza untuk menghantar bantuan. Beliau telah menulis sebuah naskhah tentang Gaza yang diberi nama Gaza tidak akan menyerah kalah. Nukilan itu adalah hasil daripada pengalaman beliau sendiri yang berada di Gaza ketika menulis naskhah tersebut.Pada 3 Januari 2015, Beliau baru sahaja menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Pulau Pinang 1436H.

Jawatan Pernah Disandang

Kebangsaan

  1. Aktivis ABIM (1982-1994)
  2. Pengarah Prrogram Pembangunan dan Penyertaan Komuniti (1990-1994).
  3. Pengerusi Center For Youth Research and Development (1990-Sekarang).
  4. Pengerusi Permuafakatan Masyarakat (1991-Sekarang).
  5. Pengerusi Majlis Bertindak Selamatkan Tanah Melayu (1993-Sekarang).
  6. Pengerusi Majlis Perundingan Ngo Islam Kebangsaan (2005-Sekrang).
  7. Ahli  Majlis Institut Syariah Malaysia (ISRA)-(1999-Sekarang).
  8. Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH)- (1999-Sekarang).
  9. Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri Pulau Pinang (2009-Sekarang)
  10. Ahli Majlis Penasihat Gerakan Pengguna Negara (2009-Sekarang)

Antarabangsa

  1. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Friends of the Earth International (1997-Sekarang).
  2. Ahli Social Watch Assembly (1994-1997).
  3. Kordinator  ASEAN People Network for Peace,Justice and Democracy (2003-2005).
  4. Setiausaha Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)-(2000-Sekarang

Jawatan Sekarang

  1. Ketua Bahagian Pendidikan Persatuan Pengguna P. Pinang (CAP)
  2. Penolong Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysiaa (SAM)
  3. Kordinator Kempen Citizens International
  4. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Antarabangsa:

  1. Ahli Majlis Sosial Watch Asia , Phillipines.
  2. Ahli Asia Pacific Research Network , Phillipines.

Pengalaman Kerja

PENGALAMAN KERJA

  1. Pegawai Penyelidikan MARDI (1981-1982)
  2. Pengetua Institut Salman Sg.Petani(1982-1987)
  3. Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Ummah(1987-1999)

Karya nukilan

  1. Buku Celik politik
  2. Buku Gaza tidak akan menyerah
  3. Buku Daulah Toyyibah
  4. Haram dalam Budaya
  5. Buku Halal Haram
  6. Buku Assam di India
  7. Consummer Penang website
  8. Perutusan Amman